orang dulu-dulu pernah berkata.
" jika mimpi ular patuk itu tanda nya ada orang nak masuk meminang "
di ia kan sahaja kata-kata mereka.
beberapa malam yang lepas.
perkara sama yang di mimpi kan seperti mana tiga bulan lepas.
empat ekor ular datang ke rumah.dua ekor ular sawa. dan dua lagi ular tedung. kedua-dua ular sawa itu telah selamat di tamatkan riwayat mereka oleh ayahnya. seekor ular tedung sempat mengejar nya sehingga ke dapur. lalu dipukul sehingga mati oleh ibunya pula. maka tinggal la seekor lagi.masih gagah didepan rumah.
dia yang asyik melihat sini sana.tidak perasan akan kehadiran seekor ular tedung di belakangnya. ayahnya. menjerit. memberi amaran bahana yang menanti. lalu dia melarikan diri secara cepat-cepat. tempias bisa kene pada belakang badannya. namun, ular tersebut akhirnya mati juga di tangan ayah nya.
tertanya-tanya dia akan mimpinya itu.
lalu mereka tafsiran sendiri.
mungkin jejaka-jejaka tersebut belum sempat masuk meminang.
mereka telah dihalau oleh ibu bapa nya.
No comments:
Post a Comment