saya tarik awak masuk dunia saya.
saya buat awak berhubung dengan orang sekeliling
disaat awak mahu menyendiri.
sungguh. saya tidak tahu
persahabatan yang pada awalnya berpaksikan rasa simpati
kini bertambah erat disaat sudah mengenal diri
sedikit demi sedikit
awak berkongsi kisah hidup yang penuh duka
sungguh. saya tidak tahu
awak kehilangan orang yang awak sayang.
3 hari setelah bertemu didunia.
kelu lidah gagal melontarkan suara
cuma doa semoga dipertemukan disana.
cuma doa semoga mendapat penggantinya.
No comments:
Post a Comment