Assalamualaikum ya habbi ya maulana
Last 2 or maybe 3 month, i went to India.
where curry invented.
hurm.. kita kembali ke mode bahasa melayu, sebab saya tak pandai english.
nak buat post dalam english sebab nak nampak cool dan bergaya.
India was awesome !
tiket penerbangan yang dibeli dari AirAsia hanya 500++. boleh tahan murah bagi graduan baru bekerja macam saya. rasa bertuah nena study dekat india. boleh tumpang rumah budak2 medic secara free.
oh. negeri yang dilawati adalah Bangalore a.k.a Bangaluru
Bandar di india agak kotor. penuh dengan ludahan salivary yucky penghuni bumi india. tambahan pula, kanak-kanak membuang air besar mahupun kecil dimana-mana megikut keperluan semasa. jadi jika berjalan harus berhati-hati supaya tak terpijak bekas penghadaman mereka. Dinding yang ada pun tidak boleh disentuh atau di sandari sesuka hati. Dinding di india berfungsi sebagai penyerapan utama air kencing mereka.
Truefact bro !
Jalan raya disana huru hara, sesak dan dicemari dengan bunyi honk. siapa yang suka kan kedamaian memang tak boleh melawat india, anda akan sengsara dengan sakit kepala. semua pun nak honk dekat sana. mereka tidak melepas peluang nak honk walaupun dikawasan larangan honk.
Nilai matawang india jika dibandingkan dengan malaysia memang rendah. duit kertas mereka kalau takde contengan akan diragui oleh peniaga. kinda weird.
Makanan pula tidak boleh dibeli di sebarang kedai, dikhuatiri mengalami jangkitan kuman. Ada beberapa kedai briyani yang sedap dan bersih. Kalau dekat malaysia, tu macam kedai orang-orang kaya la, tapi orang biasa macam saya mampu makan kedai orang kaya dekat india.
Malangnya tak sempat nak melawat taj mahal, kashmeer, bombay and tempat-tempat lain.
Sempat tengok istana Tipu Sultan and istana Maharaja di India.
Istana dia quite impressive, made from marble and whatsoever lagi bende-bende mahal la. nak masuk istana kene buka kasut siap. gamba tak boleh dipetik dalam istana ye.
Hasil tangkapan gambar di India boleh di selak disini.
Tapi tak habis upload pun lagi. he he he.
No comments:
Post a Comment